" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Daurah #1}
Monday, November 25, 2013 | 5:51 AM | 0Comment

Assalamualaikum. Hello guys. Harini first day aku pergi kem daurah, Kem Daurah Remaja Islam Selangor dekat masjid Al-Hidayah. First day punya aktiviti boleh lah bestnya boleh tahan lah. Mula-mula tu rasa best lah sebab dapat fasi yang banyak bercerita. Memang akak tu suka sangat bercerita. Itu yang best. Takde lah rasa bosan sangat. Tapi, bila group berpecah dapat pulak group baru rasa macam alaaa kenapa tukar group. Lepastu, dapat fasi yang akak tu pun taktahu macam mana nak cerita. Tapi yang bestnya akak ni, kitorang bosan dia pun bosan jugak. Hahaha. Sekali kitorang buat aktiviti yang merepek dalam group tu. Suruh tulis pasal pensil lah. Mengimbau zaman sekolah rendah dulu. Haha. Haa ada satu benda aku nak share benda yang aku tak pernah buat. Gua makan dalam dulang beb. Makan sarapan pagi secara berjemaah beb. Hahahaha. Memang tergelak-gelak ah sebelum makan tu. Nasib baik makan dengan adik adik je. Haha. Makanan tengahari best. Lauk ayam sambal emm dapnyeww. Sayur mesti ada kot. Haha. Makan petang dia bagi kuih dengan air teh je. Okay lah tu. Makan petang lah tu kan. Okay esok ada lagi. Sampai seminggu kalau tak seminggu dua minggu. Ok itu je cerita daurah harini. Sekian wasalam.

Rindu beb.}
Thursday, November 14, 2013 | 7:08 AM | 0Comment

Hello everybody! I'm coming home, coming home~ Tell the world I'm coming home~ fuhh dah lama beb tak buka blog. Dah lama jugak lah tak update blog. Bertahun dah. Nasib ingat password lagi. Ish gua rindu beb. Gua rindu lu semua. Ayoo gua rindu gegirlss gua lah. Cuti sekolah tahun ni awal sangat lah. Dah lah aktiviti lepas pmr ada yang best ada yang macam pfft. Sorry cikgu cikgu, saya bukan nak kata apa. Saya cuma luahkan apa yang saya rasa je sepanjang hari lepas pmr dekat sekolah. Tapi gua pergi je sekolah. Yelah, nanti rindu sekolah, cikgu-cikgu, kawan-kawan. Haa bukan sekejap tau nak tunggu sampai tahun depan. Ala pejam celik pejam celik dah sampai hari untuk ambil result pmr. Haaaa omaigod omaigod tidaaaaakkk! Cuak beb! Fuh fuh ya Allah tenangkan hatiku. Tenangkan juga hati kawan-kawanku. Amin

Saya taknak type panjang panjang sebenarnya. Hanya ingin meluahkan rasa rindu saya terhadap gegirlss (Tieyra, Anis, Shazmin, Adilah, Farah) oh korang please terharu ikhlas daripada Princess Aylaa muah muah xoxo Saksikan gambar comel kami. Hehehe.


Ada banyaaaaaak lagi sebenarnya tapi malas nak pilih mana yang comel mana yang tak. Haha. Okay uolls next week kita nak pergi swimming kan? Yeayyy! Hope semua boleh pergi lah. Aku dah excited ni even aku tak reti berenang. Takpe, main air pun ok. Hahaha bye muah xx

Trial PMR 2013}
Sunday, July 14, 2013 | 6:32 AM | 0Comment


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Hello i'm back! Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat islam. Manfaatkan lah bulan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. Syukran ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana engkau telah memberi peluang kepada hambaMu ini untuk menyambut bulan yang mulia ini. Aku sangat bersyukur. InsyaAllah aku akan manfaatkan bulan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah ku. Kepada sesiapa yang tidak sempat untuk menyambut bulan mulia Mu ini, engkau berikanlah rahmat dan nikmatMu kepada mereka. Engkau berkatilah mereka. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan semasa mereka bernafas. Ya Allah, ampunilah juga segala dosa ku juga dosa kedua ibu bapa ku. Panjangkanlah umurku dan juga umur kedua ibu bapa ku. Engkau berikanlah rahmatMu kepada kami semua. Amin.

Dengar cerita 22/7 trial PMR. Tapi, bila dah dapat jadual periksa 23/7 trial. Katanya soalan PPD yang buat. Tapi, sebenarnya cikgu sekolah sendiri yang buat. Oh alhamdulillah. Ya Allah, adakah aku sedar? Tarikhnya sangat hampir. Tinggal lagi seminggu Ajlaa oh tolong sedar wahai Ajlaa. Sungguh ku inginkan trial PMR dan PMR sebenar dibatalkan. Oh sungguh tinggi angan anganmu itu. Itu tidak mungkin terjadi. Bersedia lah wahai Ajlaa untuk menghadapi trial pada 23/7 nanti. Rajinkan diri untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Berapa subjek je kau dah dapat cover? Tak banyak Ajlaa. Itu pun tak mungkin kau dapat menguasainya. Ya Allah tolonglah hambaMu yang lemah ini. Aku sangat perlukan pertolonganMu :'(

HG | II }
Friday, April 5, 2013 | 9:24 AM | 0Comment


Assalamualaikum dan selamat pagi buta ku ucapkan. Apa khabar semua? Saya sihat sihat sahaja di samping keluarga ku yang tersayang. Alhamdulillah. Memang nak buat karangan sebenarnya. Ehem ehem. Mesti dah tengok gambar atas tu kan. Tu tu atas tu *pandang awan* ok hambar. Mesti korang lepas tengok tu "Omaigod omaigod handsomenya Izzue Islam!! Omaigod!!" Macam orang histeria korea gitu. Haha bergurau. Okay dua dua orang itu saya punya ok. Korang mesti tak kenal kan atas Izzue Islam tu kan? Haaa memang lah tak kenal. I sorang je yang kenal dia tau. Ok bergurau. Namanya Henry Golding dindong dindong. Ok nama dia Henry Golding je. Hensem kan? Oh I know it, I know. Izzue Islam tu pun mesti lah ramai yang kenal kan? Handsome memang ah weh. Hak aloh. Ok tu je motif update blog. Bye assalamualaikum :)

I'm back!}
Friday, March 29, 2013 | 3:38 AM | 0Comment



Hello evelibody! Hik hik assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Jawab jangan tak jawab. Fuhh sungguh lama ya saya meninggalkan dunia blogger. Fuhh fuhh~ Emm ada orang kesah agaknya ya. Emm kita sedar diri kita ni siapa. Krik krik krik. Ok tak perlu nak berdrama rasanya sekarang ni. Ok ni post pertama bagi tahun 2013. Yeayy, saya tingkatan 3! Yeayy, saya PMR! Yeayy, tepuk tangan sikit *pap* terima kasih atas kerjasama anda. Ok tak best pun sebenarnya tingkatan 3. MasyaAllah astaghfirullahalazim. Bukan apa, terasa banyak beban yang harus dipikul. Almaklumlah budak PMR macam ni lah gayanya. Kan kawan kan? Haa tauu. Peperiksaan penggal pertama dah habis tamat semuanya. Kejap kejap, sebelum anda bertanya saya dah jawab dulu, jadi jangan tanya. Terima kasih. Sekarang sedang lakukan folio a.k.a kerja yang paling tingkatan 3 suka. Emm memang suka sangat lah kan cerita dia. Memang best buat. Memang tak pening buat kerja ma'alah ni. Haihh, sabo je lah. Okay bye nak sambung buat folio. Acah acah je sebenarnya. Hehehe assalamualaikum.

Sahabatku :')}
Friday, November 30, 2012 | 12:19 AM | 0Comment

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Pertama kali aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga kepadaMu ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan ku sahabat yang baik, yang sanggup mendengar masalah ku, yang sentiasa ada dikala ku suka ataupun. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat kepadaMu :')

Pada 30.11.2012, saya on whatsapp dan didapati dia whatsapp saya. Dia mengucapkan selamat hari persahabatan sedunia. Dia juga ada meluahkan isi hatinya. Ya Allah, ku sungguh terharu. Ku ingin menangis tetapi ku bertahan daripada menangis. Takut-takut ada orang nampak. Hihi. Dia whatsapp pada jam 8:03 am. Awal gila dia bangun dan awal gila dia online. Tapi, saya membacanya pada jam 12 lebih. Masa itu adalah masa yang sesuai untuk online sebenarnya. Inilah kata-katanya di whatsapp,

"Selamat Hari Persahabatan Sedunia Ajlaa Radiah Bt. Anuar.
Ajlaa, ni ceq nak habaq ni sempena Hari Persahabatan Dunia. Awak ni sebenarnya bukan kawan saya. Nak tahu kenapa? Sebab yang dinamakan kawan tu boleh kutip dekat tepi jalan je. Tapi awak sebenarnya sahabat saya. Sahabat saya yg paling rapat. Awak nak tau tak yg awak kawan saya yg paling rapat? Taktahu? Okay saya dah bagitahu. Bukan sebab muka kita sama saya bersahabat dengan awak. Saya rasa Allah dah tunjukkan dekat saya yg awaklah sahabat saya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Saya taknak kehilangan sahabat macam awak. Seriously. Ajlaa, andai kata kita tak sama kelas tahun depan, saya nak awak belajar elok-elok. Awak tahu tak tahun depan awak Pi Em Ar? Awak tahuu tak? Taktahu? Okay saya dah bagitahu. Jangan leka time belajar. Tumpuan tu yg penting masa cikgu mengajar. Awak tu dah besar. Jangan banyak main main lagi. Lepastu taat dekat ibu bapa dengan guru barulah berkat ilmu kita. Cuba dapatkan ranking tahun depan top 100. Tu yg awak nak kan? Haa. Belajar betul-betul. Demi kebaikan masa depan awak jugak. Last thing, jangan sesekali lupa parents, cikgu dan Allah bila awak dah success nanti. And lastly, jangan lupa saya bila-bila masa je. Tahu tak kenapa? Sebab saya sayang awak sangat sangat. Awak tahu tak? Taktahu? Okay saya dah bagitahu. Saya harap awak tak tikam saya dari belakang. Saya harap segala rahsia yg saya story dekat awak tu semua awak simpan. Jujur saya cakap yang saya sayang awak lebih daripada saya sayang Shazmin, Dilah, Anis, Farah dan diri saya sendiri. Lastly, awaklah sahabat saya yg terbaik yg pernah saya ada. Terima kasih sebab berkongsi cerita suka dan duka dengan saya. Terima kasih ya Allah Kau telah memberikan aku seorang sahabat yg sangat menyayangi hambaMu semasa suka dan duka ini. Last thing, SAYA SAYANG SAHABAT SAYA AJLAA RADIAH BT. ANUAR :')"

Tieyra, kau tak penat ke menaip panjang-panjang ni? Aku yang menaip pun penat. Sakit tangan sakit tengkuk. Haha. Tapi, aku hargai setiap perkataan yang kau ucapkan. Aku terharu weh. Serious. Aku rasa nak nangis aku rasa aku nak peluk kau. Semua aku rasa weh. Aku rasa nak nangis mula-mula masa aku baca part kau suruh aku dapatkan ranking top 100 tahun depan. Kan? Memang itu yang aku nak weh. Dari form. Apakan daya, bukan rezeki aku. Lagipun aku belajar main-main. Tak pernah nak fokus dalam kelas. Sekejap fokus tu adalah. Saya nak menangis buat kali kedua part saya baca part andai kata kita tak sama kelas tahun depan, belajar elok-elok tau. Weh. Janganlah cakap macam tu. Aku harap kita sama kelas lagi tahun depan. Tapi, andai kata kita tak sama kelas tahun depan sekali pun awak pun belajar elok-elok tau. Jangan nakal-nakal. Dan saya harap awak tak lupakan saya. Pleasee. Awak pun sentiasa taat ibu bapa, guru. Awak pun jangan lupa ibu bapa, guru, Allah dan saya eh bila awak dah berjaya nanti. Saya pun taknak kehilangan awak. Walaupun kita berkawan tak lah selama dari tadika tapi awak tetap sahabat saya. Mula-mula saya baca saya bukan kawan awak kerana kawan tu boleh dikutip di tepi jalan tu, saya rasa agak kwaja disitu. Haha. Tapi, bila saya baca sampai habis baru saya faham apa sebenarnya erti seorang sahabat. WAN NUR ATHIRAH BT. WAN MOHD AZMAN, SAYA PUN SAYANG SANGAT DEKAT AWAK. Awak, jangan lupa saya eh bila dah habis sekolah? InsyaAllah. Saya pun tak akan lupa awak dan jasa awak. Lastly, saya sayang awak Tieyra. Muah muahh :******

Hello Hello ~~}
Monday, November 26, 2012 | 8:34 AM | 0Comment


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Tak jawab dosa jawab sayang. Ecehh. Berduduknya saya disini untuk menaip tentang apa yang wa rasa sekarang ni. Ehem ehem. Lu tahu enggak apa yang wa rasa sekarang ni? Wa buhsaann tau? Lu taktau tadi tapi sekarang lu dah tau kan? Okay baguss. Wa bohsan lah, ask.fm takde siapa pun nak menanya soalan. Ohh dah tak berfungsi dah. Ohyahh, gambar tumblr diatas tu lawa kan? Lawa kan? Lawa kan? Peghh, teringin duh nak camera macam tu. Tak kisah lah camera macam mana pun sebenarnya tapi teringin nak ada camera sendiri. Boleh emm emm syok emm emm sendiri emm emm dalam emm emm bilik. Maaf, gagap. Hahaha takde pun sebenarnya. Okay lah, wa nak tengok Billy wa. Ohmaigod ohmaigod, dia hensem k. Tapii, dia mat Indon leww. Eh, kesah pulak. Kbyee assalamualaikum.