" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Sahabatku :')}
Friday, November 30, 2012 | 12:19 AM | 0Comment

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Pertama kali aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga kepadaMu ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan ku sahabat yang baik, yang sanggup mendengar masalah ku, yang sentiasa ada dikala ku suka ataupun. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat kepadaMu :')

Pada 30.11.2012, saya on whatsapp dan didapati dia whatsapp saya. Dia mengucapkan selamat hari persahabatan sedunia. Dia juga ada meluahkan isi hatinya. Ya Allah, ku sungguh terharu. Ku ingin menangis tetapi ku bertahan daripada menangis. Takut-takut ada orang nampak. Hihi. Dia whatsapp pada jam 8:03 am. Awal gila dia bangun dan awal gila dia online. Tapi, saya membacanya pada jam 12 lebih. Masa itu adalah masa yang sesuai untuk online sebenarnya. Inilah kata-katanya di whatsapp,

"Selamat Hari Persahabatan Sedunia Ajlaa Radiah Bt. Anuar.
Ajlaa, ni ceq nak habaq ni sempena Hari Persahabatan Dunia. Awak ni sebenarnya bukan kawan saya. Nak tahu kenapa? Sebab yang dinamakan kawan tu boleh kutip dekat tepi jalan je. Tapi awak sebenarnya sahabat saya. Sahabat saya yg paling rapat. Awak nak tau tak yg awak kawan saya yg paling rapat? Taktahu? Okay saya dah bagitahu. Bukan sebab muka kita sama saya bersahabat dengan awak. Saya rasa Allah dah tunjukkan dekat saya yg awaklah sahabat saya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Saya taknak kehilangan sahabat macam awak. Seriously. Ajlaa, andai kata kita tak sama kelas tahun depan, saya nak awak belajar elok-elok. Awak tahu tak tahun depan awak Pi Em Ar? Awak tahuu tak? Taktahu? Okay saya dah bagitahu. Jangan leka time belajar. Tumpuan tu yg penting masa cikgu mengajar. Awak tu dah besar. Jangan banyak main main lagi. Lepastu taat dekat ibu bapa dengan guru barulah berkat ilmu kita. Cuba dapatkan ranking tahun depan top 100. Tu yg awak nak kan? Haa. Belajar betul-betul. Demi kebaikan masa depan awak jugak. Last thing, jangan sesekali lupa parents, cikgu dan Allah bila awak dah success nanti. And lastly, jangan lupa saya bila-bila masa je. Tahu tak kenapa? Sebab saya sayang awak sangat sangat. Awak tahu tak? Taktahu? Okay saya dah bagitahu. Saya harap awak tak tikam saya dari belakang. Saya harap segala rahsia yg saya story dekat awak tu semua awak simpan. Jujur saya cakap yang saya sayang awak lebih daripada saya sayang Shazmin, Dilah, Anis, Farah dan diri saya sendiri. Lastly, awaklah sahabat saya yg terbaik yg pernah saya ada. Terima kasih sebab berkongsi cerita suka dan duka dengan saya. Terima kasih ya Allah Kau telah memberikan aku seorang sahabat yg sangat menyayangi hambaMu semasa suka dan duka ini. Last thing, SAYA SAYANG SAHABAT SAYA AJLAA RADIAH BT. ANUAR :')"

Tieyra, kau tak penat ke menaip panjang-panjang ni? Aku yang menaip pun penat. Sakit tangan sakit tengkuk. Haha. Tapi, aku hargai setiap perkataan yang kau ucapkan. Aku terharu weh. Serious. Aku rasa nak nangis aku rasa aku nak peluk kau. Semua aku rasa weh. Aku rasa nak nangis mula-mula masa aku baca part kau suruh aku dapatkan ranking top 100 tahun depan. Kan? Memang itu yang aku nak weh. Dari form. Apakan daya, bukan rezeki aku. Lagipun aku belajar main-main. Tak pernah nak fokus dalam kelas. Sekejap fokus tu adalah. Saya nak menangis buat kali kedua part saya baca part andai kata kita tak sama kelas tahun depan, belajar elok-elok tau. Weh. Janganlah cakap macam tu. Aku harap kita sama kelas lagi tahun depan. Tapi, andai kata kita tak sama kelas tahun depan sekali pun awak pun belajar elok-elok tau. Jangan nakal-nakal. Dan saya harap awak tak lupakan saya. Pleasee. Awak pun sentiasa taat ibu bapa, guru. Awak pun jangan lupa ibu bapa, guru, Allah dan saya eh bila awak dah berjaya nanti. Saya pun taknak kehilangan awak. Walaupun kita berkawan tak lah selama dari tadika tapi awak tetap sahabat saya. Mula-mula saya baca saya bukan kawan awak kerana kawan tu boleh dikutip di tepi jalan tu, saya rasa agak kwaja disitu. Haha. Tapi, bila saya baca sampai habis baru saya faham apa sebenarnya erti seorang sahabat. WAN NUR ATHIRAH BT. WAN MOHD AZMAN, SAYA PUN SAYANG SANGAT DEKAT AWAK. Awak, jangan lupa saya eh bila dah habis sekolah? InsyaAllah. Saya pun tak akan lupa awak dan jasa awak. Lastly, saya sayang awak Tieyra. Muah muahh :******