" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Daurah #1}
Monday, November 25, 2013 | 5:51 AM | 0Comment

Assalamualaikum. Hello guys. Harini first day aku pergi kem daurah, Kem Daurah Remaja Islam Selangor dekat masjid Al-Hidayah. First day punya aktiviti boleh lah bestnya boleh tahan lah. Mula-mula tu rasa best lah sebab dapat fasi yang banyak bercerita. Memang akak tu suka sangat bercerita. Itu yang best. Takde lah rasa bosan sangat. Tapi, bila group berpecah dapat pulak group baru rasa macam alaaa kenapa tukar group. Lepastu, dapat fasi yang akak tu pun taktahu macam mana nak cerita. Tapi yang bestnya akak ni, kitorang bosan dia pun bosan jugak. Hahaha. Sekali kitorang buat aktiviti yang merepek dalam group tu. Suruh tulis pasal pensil lah. Mengimbau zaman sekolah rendah dulu. Haha. Haa ada satu benda aku nak share benda yang aku tak pernah buat. Gua makan dalam dulang beb. Makan sarapan pagi secara berjemaah beb. Hahahaha. Memang tergelak-gelak ah sebelum makan tu. Nasib baik makan dengan adik adik je. Haha. Makanan tengahari best. Lauk ayam sambal emm dapnyeww. Sayur mesti ada kot. Haha. Makan petang dia bagi kuih dengan air teh je. Okay lah tu. Makan petang lah tu kan. Okay esok ada lagi. Sampai seminggu kalau tak seminggu dua minggu. Ok itu je cerita daurah harini. Sekian wasalam.