" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Jom kembali ke sekolah XD}
Saturday, November 24, 2012 | 11:33 PM | 0Comment


Assalamualaikum. Hai, harini 25.11 dah masuk berapa minggu tah cuti sekolah. Nak tau dah berapa minggu kira sendiri. Anda senang, anda juga percaya. Buku sekolah form3 langsung tak disentuh dan tidak dibaca. Eh, tidak disentuh tu melebih lah kan. Sentuh tu ada lah. Selak selak tu ada lah. Daaaaannn saya tidak percaya yang saya sudah berumur 15tahun/tingkatan3 pada tahun hadapan. Oh tidaaaaakk! Saya juga akan menduduki peperiksaan besar iaitu PMR. Batch terakhir ambil PMR. Kalau nak tau, batch 1998 penutup segala-galanya. Ye kan? Kami awesome. Oh yahh.

Result periksa akhir tahun sepatutnya dah sampai rumah. Tapi, tak sampai-sampai pun. Ustazah ni memang taknak bagi ke apa. Kalau taknak bagi, tu yang best tu. Hahaha. Just got 1A's. Teruknyaaaa. Tapi, syukur lah walaupun satu A lah kan. Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah :') A nya BM. Wahh, aku pandai BM rupanya. Haha. Sejujur-jujurnya aku cakap, aku suka karangan. Aku tau ramai yang tak suka karangan sebab kena karang karang cerita. Dan itu memenatkan. Tapi entahlah. Aku suka. Mungkin aku banyak bercakap dan mudah buat ayat. Sebab tu suka. Eh? Okay pape je lah. Rangking tak payah cakaplah dapat berapa kan. Memang top 200 lah. Bukan top 100 mahupun top 10. Tapi, aku teringin nak dapat ranking top 100. InsyaAllah, tahun depan. Buat yang terbaik. Saya mesti boleh! Aku rasa aku stay kelas je kot tahun depan. Alhamdulillah, stay. Taknak naik taknak turun ohh. Oh please please please.

Sebenarnya kan kan kan dah terkeluar tajuk tau tau tau. Haha. Okay harini pagi-pagi dah keluar rumah semata-mata nak pergi canggih beli baju sekolah adik-adik comel ini. Emm emm termasuk saya tau. Haha. Tak ramai pun. Ye lah, pagi kan. Orang tidur lagi. Come on lah. Cuti sekolah buat apa nak bangun awal-awal, mandi awal-awal kan. Itu lah ayat remaja sekarang. Okay. Saya beli 2pasang tudung, baju sehelai. Sehelai je sebab mama suruh pakai baju yang lama. Lama tak lama baju tu, pertengahan tahun ni beli kot. Haaa, baru lah jugak tu kan. Kain tak beli. Pun sama pakai tahun ni punya. Dah dua tahun berturut-turut pakai kain tu. Nampak tak kejimatan mama? Hahaha. Kena lah berjimat-cermat sayang. Eh? Okay abaikan. Byee ~~