" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





10.11.2012.}
Tuesday, November 20, 2012 | 2:42 AM | 0Comment


Assalamualaikum dan hai.
10/11/12 merupakan tarikh yang comel dalam bulan 11 ini. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana aku masih bernafas sehingga hari ini. Pada tarikh tu juga, kelas 2Bilal mengadakan jamuan kelas di tasik Shah Alam. Start pukul 10 lebih sebab tunggu Adlina datang. Kitaorang semua tanggung makanan dekat dia. Dia bawa spaggeti. Hanya spaggeti makanan berat masa tu. Nasib Adlina bawa kalau tak, memang makan kek yang dorang bawa tu je lah. Memang kenyang pun lah kan. Adlina datang je semua serbu tempat makanan yang Adlina letak. Haha so funny. Saya jadi tukang tuang kuah dekat pinggan masing-masing. Okay sebelum tu yang hadir Ajlaa, Nazura, Isma, Fatihah, Afiqah, Salsabila, Syazana Azmi, Syazana Razif, A'ina Azman, Adlina, Nabilah, Harith, Rasydan, Awe, Naim, Irfan, Farhan, Aizat.

Lepas makan, budak laki dah nak gerak wetworld tapi kitorang tahan dorang. Rasydan tetiba menghilang balik rumah. Kitorang main game sudu kosong. Tak tahu sebenarnya game dia macam mana. Adlina yang nak main. Mainan Running Man katanya. Memang tengok pun cerita tu. Main main semua blur. Game tak habis dah main tepung. Bermula dari Irfan yang baling dekat Adlina. So, kitorang terus main tepung. Okay ini sangat seronok. Ajlaa pegang sepaket tepung. Apa lagi jadi hantu tepung ah masa tu. Haha. Alahh, bukannya selalu pun kan.

Habis dua paket main tepung, budak laki bla mandi wetworld. Mula-mula diorang malu nak gerak sebab dalam keadaan diorang yang bertompok-tompok baju tu. Haaa, tudung Ajlaa dari warna hitam terus jadi putih. Okay puncanya Naim. Naim dia ambil tepung terus pergi baling dekat tudung Ajlaa. Okay Naim. Aku ingat jasa kau. Hahaha *gelak hantu* nak baling balik dekat dia memang susah lah. Dia lari kemain laju. Tau lah kecik. Hehe. Apa pun, last-last dapat jugak baling dekat dia. Puas hatiku. Hahaha. Irfan dengan Adlina masa tu dah sweet-sweet main tepung. Puii. Haha.


Dear semua budak Bilal, walaupun akhir tahun baru kita semua nak berdamai, takpe asalkan kelas kita ada juga kenangan yang terindah. Lupakan yang pahit ingatkan yang manis. Yang lepas biarkan yang lepas. Aku harap tahun depan kita semua dapat masuk kelas yang sama lagi.
Amin :)