" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Today.}
Saturday, September 22, 2012 | 7:47 AM | 0Comment

Assalamualaikum dan hai. Hari ini hari Sabtu dan hari ini juga adalah sekolah ganti. Kita pergi sekolah. Rajin kan? Yahh, i know it. Diberitahu bahawa ada perhimpunan rasmi di Dataran Lestari tetapi tidak jadi perhimpunannya kerana tanah basah. Boleh buat dekat dewan kot. Diberitahu juga oleh ustaz Nordin di Dataran Lestari bahawa kelas 2 Bilal banjir. Kelas kami sangat lah daif sampai bumbung pun  bocor. Apa lah dosa kita orang? Tidak mengapa. Itu adalah dugaan dari Allah. Seharian kita orang belajar dekat bilik Zaaba. Nak tahu satu rahsia tak? Dekat sekolah, masa nak masuk bilik Zaaba tu I hampir hampir nak jatuh. Kaki sebelah dah senget dah. Nasib masa tu lelaki tak ramai lagi yang masuk bilik tu. Itu lah, stokin entah kenapa tiba-tiba licin. Ni pasal kasut bocor tembus ke stokin. Booo ~ Okay, dah tak jadi rahsia.

Masa BI, I buat oral test with my partner, Anis Khalyshah. Masa nama Anis kena panggil, I tergamam buat seketika. Adilah gelakkan. Okay. Husna dan FaNatasha seperti menonton wayang mendengar oral test kami. Cikgu pun gelak masa kitaorang present. Haha itu sangat lah lawak. Tapi, alhamdulillah. Lega dah buat. Fuhh.

Lalala, belajar. Balik pukul 12.30. I balik jalan kaki tau. K itu pun nak cerita ke? Haha -.- okbye. Penutup yang tidak akan mendapat markah di dalam peperiksaan kertas bahasa Melayu 2 nanti. Amaran! Jangan tiru tau. Hehe bye. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ~