" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





PPAS}
Saturday, July 14, 2012 | 8:59 AM | 0Comment


Assalamualaikum. Pagi tadi saya pergi PPAS. Sejam Tieyra tunggu saya. Dari pukul 9 sampai pukul 10. Tu lah gerak awal sangat kenapa? Kan dah kena tunggu. Maaf Tieyra maaf! Sampai je terus naik tingkat 3 dan terus pergi tandas. Balik daripada tandas, bukak buku imej tengok gambar sedangakan dah 1234 kali dah tengok. Ecehh, acah je tu. Borak borak borak gelak gelak gelak. Nasib tak ramai lagi masa tu.

Adilah sampai jam 11 lebih. Dia sampai buat word search. K hobi kami. Kami sehati sejiwa. *wink wink* Tieyra buat Math kot masa tu dan saya buat folio sejarah. Ok masa tu saya bising tanya itu ini dan tiada sebarang jawapan yang menyenangka hati. K fine. Last-last, mereka jawab jugak soalan saya sebab saya panggil mereka 'macha, dengar tak aku tanya ni?' Dapat? K bla bla bla , buat folio sambil borak borak dan gelak gelak. Masa tu dah agak ramai pengunjung datang. Tak boleh buat bising sangat dah. Eh, tak bising ye tak bising.

12.40 cenggitu turun cafe lunch. Tieyra dan saya makan nasi ayam. Dilah tak makan. Dia tu memang suka pun tak makan tapi dia beli pizza. K ayat serba keling sedikit. Kami minum ice blended. Dilah dan saya coklat manakala Tieyra vanilla. Air Tieyra paling lambat. Heishh. Nasib baik kami cepat sedikit. Ada jugak tempat kosong untuk kami. Pukul 1 je dah penuh dah. Full habis.

Naik balik library bawak tapau. Alahh, choki-choki je pun. Dah lama tak makan choki-choki. Snickers pun. Eh eh? Sampai je tukar tempat duduk dekat sofa yang dekat tepi cermin besar tu. Alahh, korang tau tu. Duduk situ memang tak buat kerja sangat. Tapi ada jugak buat sikit ye folio itu. Berluak jugak kerja. Adilah tak buat pape pun k. Haha. Dah bosan kami conteng kertas. Kami tulis nama...........crush. Eh? Takda takda. *geleng kepala laju-laju* Then, kami tangkap gambar. Punya tak bestnya, budak laki sebelah tu bising. Tak habis-habis shhh shhh. K takde kena mengena act. Takut mereka lihat apa yang kami lakukan. Ecehh. Sambil tangkap gambar sambil gelak. Itu hobi kami.

4.30 Dilah balik tapi abang dia sampai dalam pukul 4.40 centu. Abang Dilah dah sampai, kami pergi cafe. Tieyra nak beli choki-choki. Nak jugak kenn? Lepastu, kami duduk depan pintu masuk tu tunggu papa/ayah kami. Tieyra balik pukul 5 dah nak 5.30. Saya balik dah nak pukul 6. Papa lambat sampai. K k. Masa balik tu, kami nampak Syafiq Almalik dan Adib. dan juga Amir Asyraf. Dia hensem k masa tu. Opss. K lah. Silakan lihat gambar-gambar kami. Terima kasih dan salamualaikum :)

Jangan tanya apa itu ARAS(kuasa)17.30.