" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Okay , Hai ;)}
Monday, June 11, 2012 | 2:07 AM | 0Comment

Assalamualaikum dan hai hai hai. Kbaii. Eh , tak belum mula cerita lagi ni. Jangan lari dulu duduk diam diam baca. K. Harini (11/6) dah start sekolah balik dari cuti 2 minggu. Macam biasa cikgu mesti ucapkan "selamat kembali kesekolah" dan semua tepuk tangan. Okay, tadi perhimpunan seperti biasa lama. Masa pertama memang tak belajar lah kan. Untung Arab :p k , itu kejam. Dalam perhimpunan , puan Nyni ada cakap mentor mentee ni. Mula-mula memang buat blur lah kan sebab taktau pape. Tetibe mentor tunjuk ajar ku sifu. k bukan yang itu. Mentor ni untuk menaikkan lagi prestasi pelajaran tah apa tah. gitu-gitu lah cikgu cakap. memang semua dah alaaaaa. Apa alaa alaa ? Haha. Lepas rehat masa ERT pergi tengok dengan Khalyshah sebab lepas rehat tu tak pergi tengok sebab cikgu Darshini dah masuk kelas. Haih, mangat cikgu masuk kelas kami ye. Dan tengok saya dan Anis Khalyshah segroup dan mentor nya cikgu Rajan. Perghh, gila happy kot sebab dapat cikgu Rajan. Ye lahh, cikgu tu takde ah garang mana an. baik je. Tiba mentee dia. okay, semua budak pandai. Tahniah weh.

Harini dapat kertas periksa BM dan ERT. BM dapat 76 %. B lahh. Mula-mula kira guna kalkulator dapat 86. Masa tu dah syukur kot sebab dapat A tiba cikgu sebut markah sorang sorang dapat 76. Gila dah masa tu err. Rupanya kitorang kira cara lain , cikgu kira cara lain. Alahaaii, cikgu. Dah ada harapan dapat A dah tu. Sebelum tambah k1 dengan k2, k2 dah dapat A dah 83. Bila campur k1+k2 dapat B. Takpe lahh, bukan rezeki kan. Takboleh cakap apa. Bukan masalah rezeki sekarang. kita hanya mampu bertawakal setelah kita berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah :) kertas Ert... emmm ... emmm ... k takpayah cerita. Saya nangis dapat result tu. cikgu hanya mampu berkata "Jangan putus asa. Teruskan usaha." Cikgu mestilah bagi kata semangat dekat anak murid dia kan. Dan masa tu cikgu berdiri depan meja Ajlaa. Cikgu ada cakap jugak "Ajlaa jangan bersedih." k cikgu. Oh, cikguuu ...

2 minggu cuti agak membosankan k. Seminggu cuti duduk rumah tengok tv hadap komputer. K rasa macam lifeless gila takde pape nak buat sedangkan ada kerja yang boleh dilakukan. Nasib minggu kedua ada pergi bercuti. Alhamdulillah, syukur nikmat :) Rezeki. K Ajlaa pergi Sabah. Wuuu, k Ina jealous k sebab dia teringin nak pergi Sabah tapi Ajlaa yang pergi Sabah :p haha. sabar k sabar. kau cakap kau nak pergi lagi 3 tahun? k itu mengambil masa yang lama. Sabar separuh daripada Iman :) Tempatnyaa subhanallah cantik. gunung-ganang nye. Bila hujan terasa sejuk sangat. Dengan angin semula jadinya yang memang sejuk. memang bertambah sejuk lah. Bila hujan dah reda, akan mengalami kabus. Perghh, putih je semua. Gila ahh. Haha. Subhanallah :) Sebenarnya taknak cerita panjang-panjang. Tangan dah lenguh wuuu :O Haha. Kbaii, salamualaikum :)

Dalam chalet sebelum balik hari keempat.