" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Kejohanan olahraga.}
Wednesday, June 20, 2012 | 12:26 AM | 0Comment

Assalamualaikum dan hai :) 18 haribulan 06 tahun 2012, sekolah menengah kebangsaan seksyen 18 telah mengadakan sukan tahunan di stadium UiTM. Sampai sekolah dah nak pukul 7:30 agaknya. Mula-mula malu nak keluar kereta sebab ramai gila dekat luar sekolah tu tunggu bas. dengan muka selebet nya -..-' Tunggu tunggu dah nak pukul 9 tahu tunggu bas. Kata bas ada empat tapi yang datangnya dua bas je pun. Memang padat lagi mampat ah bas tu. Takpe , kami sabar. Last takdapat tahan sebab dahnak pukul 9 gitu naik jugak bas. Tapi kena berdiri. Memang syok ahh. Pakcik tu pasang cerita Aku ada Kau ada? Memang nampak pun lahh. Orang depan dah lah tinggi tinggi belaka. Terselah kependekan aku disitu. K.

Sampai sampai stadium UiTM tu, budak-budak semua dah beratur dalam perbarisan rumah sukan masing-masing. Panglima Hulk ! Yeahhh ! Masuk barisan buat muka blurr sebab taktau nak berdiri dekat mana dan Alaa menyelit je. Tiba-tiba puan apa tah nama dia, tarik Alaa cakap "awak ni pendek. perasan tinggi" terus pergi kedepan sikit. Menyelit jugak berdiri depan Farah. Dan cikgu tu datang balik "awak ni pendek jangan nak perasan tinggi" lagi kedepan cikgu tu tarik. K fine cikgu sebab cakap saya pendek. Saya amat menghargainya *senyum terpaksa*

Habis perbarisan ucapan bagai, duduk di tempat yang panas. Dengan duduk sorang sorang nya. Forever alone ohh. Untunglah kan takde kawan nak bercerita. Lepastu dah lama tu baru cikgu perasan yang kami duduk di tempat yang panas terik dan menyuruh kami semua beredar ke tempat yang mempunyai tempat berteduh iaitu bersebelahan dengan juru acara berucap dan tempat mengambil hadiah. Fuhh, duduk situ pun forever alone ohh. Nasib duduk sebelah orang yang Alaa kenal. Kak Diana dan sebelahnya kak Sarah. Alaa just duduk diam je. tak sorak apa pun. sikit-sikit je jerit dan tepuk tangan dan senyum sorang -sorang. Eh ? Haha budak laki kat belakang buat lawak ohh. Ambik kau tergelak sorang-sorang. Merefek merefek je dorang. Bagi sokongan dekat kak Rafiqah 'cho'. k join. Ada jugak dorang cakap 'untunglah baring ada orang angkat' mean, orang pengsan dekat tengah/tepi balapan dan ada PBSM angkatkan. 'untunglah Panglima tak menang' lah apa lahh. Tapi ayat dorang lawak. Hahaha, nice.

Bla bla bla 4x100 acara terakhir. Kot lah. Dimaklumkan bahawa perbarisan Panglima nombor empat Laksamana&Temenggung nombor dua dan Bendahara nombor satu. Tahniah ! Jumlah keseluruhan markah memang tak ingat lah. Tapi yang pastinya Temenggung dah juara selama 9 tahun berturut-turut. Tahniah lah Temenggung. Even, Panglima nombor tiga tapi kami tidak akan mengalah. Tahniah atlet atlet yang lari dan menang. Olahragawan olahragawati L&P 2 adalah dari rumah sukan Panglima. Yeahh ! Panglima hot hot hot aummm <--- pengerusi reka. Faiz Noordin. Kbaii salamualaikum :)